Pengenalan
Ramai orang gagal lepas loan rumah bukan sebab gaji tak cukup. Banyak juga yang tersangkut sebab dokumen tak lengkap, rekod bayaran tak kemas, atau income tak dapat dibuktikan dengan jelas.
Bila customer nak apply rumah, bank bukan tengok satu benda sahaja. Mereka akan nilai keseluruhan profil kewangan.
- Pendapatan bulanan dan kestabilan kerja
- Komitmen sedia ada seperti kereta, PTPTN, credit card dan personal loan
- Rekod bayaran melalui CCRIS
- Aliran duit masuk dalam bank statement
- Dokumen pembelian rumah yang lengkap
Dokumen Umum Yang Biasanya Diperlukan
Ini senarai paling asas yang selalunya hampir semua bank akan minta untuk semakan awal.
- IC depan belakang – untuk pengesahan identiti.
- Slip gaji 3 bulan – untuk tunjuk income semasa.
- Bank statement 6 bulan – untuk tengok aliran duit masuk dan komitmen.
- KWSP statement – untuk sahkan caruman dan kestabilan pekerjaan.
- CCRIS report – untuk semak rekod hutang dan bayaran.
- Borang EA / BE / B – bergantung pada jenis pekerjaan dan fail cukai.
Kenapa bank statement penting?
Bank nak tengok sama ada income betul-betul masuk dan bagaimana corak kewangan customer setiap bulan.
Kenapa CCRIS penting?
Kalau ada banyak tunggakan atau lambat bayar, peluang loan jadi lebih sukar walaupun income nampak okay.
Dokumen Untuk Pekerja Gaji Tetap
Kalau customer kerja makan gaji, proses biasanya lebih mudah sebab income lebih jelas dan tersusun.
- IC pemohon
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Bank statement 6 bulan
- KWSP statement
- Borang EA / BE
Kalau ada OT, allowance atau komisen
Simpan bukti tambahan itu juga. Ada bank yang ambil kira purata income tambahan tersebut untuk naikkan kelayakan.
Dokumen Untuk Freelancer / Kerja Sendiri / Komisen
Ramai orang kerja sendiri rasa susah nak dapat loan. Sebenarnya boleh, asalkan income dan pergerakan duit dapat dibuktikan dengan kemas.
- IC pemohon
- Bank statement 6 bulan atau lebih
- SSM jika ada daftar perniagaan
- Borang B / BE LHDN
- Invoice, resit atau bukti transaksi
- Surat pengesahan kerja atau dokumen sokongan lain jika berkaitan
Point paling penting untuk kerja sendiri
Pastikan duit income masuk ke dalam akaun bank secara konsisten. Lagi kemas transaksi, lagi senang banker baca dan bantu semak.
Dokumen Untuk Rumah Baru (Under Construction)
Rumah baru atau undercon biasanya lebih tersusun sebab developer selalunya ada panel banker dan team sales yang bantu proses.
- IC pemohon
- Slip gaji / bank statement / dokumen income
- Booking form atau resit booking
- Dokumen pembelian unit / SPA jika ada
- Dokumen pasangan jika buat joint loan
Kelebihan undercon
Flow lebih mudah difahami kerana banyak dokumen projek telah disediakan oleh pihak developer.
Dokumen Untuk Rumah Subsale
Subsale memerlukan semakan lebih detail sebab melibatkan rumah sedia ada, owner asal, lawyer, valuation dan proses pindah milik.
- IC pemohon
- Dokumen income
- Bank statement 6 bulan
- CCRIS report
- Sale & Purchase Agreement
- Salinan geran atau maklumat hartanah
- Flow lebih tersusun
- Biasanya ada panel banker
- Dokumen projek lebih mudah diperoleh
- Perlu semak geran dan valuation
- Libatkan owner, lawyer dan bank
- Proses biasanya lebih detail
Dokumen Untuk Rumah Sewa
Untuk sewa rumah, owner atau ejen pun biasanya akan nilai kemampuan penyewa melalui beberapa dokumen asas.
- Salinan IC
- Slip gaji atau bukti income
- Surat kerja atau bukti pekerjaan
- Deposit 2 bulan
- Sewa 1 bulan advance
- Deposit utiliti
Contoh kiraan masuk rumah sewa
- Jika sewa RM1,000 sebulan: Deposit 2 bulan = RM2,000
- Sewa bulan pertama = RM1,000
- Deposit utiliti = RM500
Jumlah anggaran awal: RM3,500
Dokumen Untuk Rumah Pertama
Pembeli rumah pertama perlu faham bahawa loan hanyalah satu bahagian. Customer juga kena ambil kira kos sampingan dan simpanan.
- IC
- Slip gaji / bukti income
- Bank statement
- KWSP statement
- CCRIS
- Dokumen pembelian rumah
Perkara yang ramai pembeli pertama terlupa
Selain loan, ada juga kos seperti deposit, kos guaman, MOT, valuation dan komitmen selepas dapat rumah nanti.
Pengenalan Ringkas SJKP & LPPSA
SJKP
SJKP sering jadi perhatian untuk pembeli tertentu yang perlukan bantuan dari sudut jaminan pembiayaan, tertakluk kepada syarat semasa.
- IC pemohon
- Slip gaji atau bukti income
- Bank statement
- KWSP atau dokumen sokongan lain
- Dokumen rumah yang ingin dibeli
LPPSA
LPPSA pula biasanya untuk penjawat awam yang layak. Dokumen dan aliran proses boleh berbeza daripada pinjaman bank biasa.
- IC pemohon
- Slip gaji penjawat awam
- Penyata perkhidmatan atau dokumen sokongan
- Dokumen hartanah yang ingin dibeli
Tips Supaya Loan Lebih Mudah Lulus
- Jaga rekod CCRIS dan elakkan lewat bayar
- Kurangkan komitmen kecil yang banyak
- Pastikan side income masuk dalam bank
- Elakkan terlalu banyak apply serentak
- Sediakan dokumen awal-awal supaya proses lebih laju
Apa itu DSR secara mudah?
DSR ialah nisbah komitmen bulanan berbanding income. Lagi tinggi komitmen, lagi ketat kelayakan.